I've spent years inside hiring pipelines. Now I build the systems that run them.
Saya Afiqah Ahmad. Saya reka dan bina laman web, aplikasi web dan sistem pengurusan untuk pasukan yang dah tak larat urus kerja dengan spreadsheet dan WhatsApp.
Laman jualan untuk Raudhah IQ: pakej 1 hingga 5 botol, checkout WooCommerce dengan bayaran FPX dan DuitNow melalui CHIP, COD, dan dashboard untuk pemilik kemas kini kandungan.
Kedai buku latihan Matematik KSSM, Perfect Math dan Addmath Express: troli dan checkout WooCommerce, bayaran CHIP (FPX, DuitNow, kad dan ShopeePay), COD dan kadar pos.
Sistem pesanan untuk kedai kek pisang: menu, hantar atau ambil sendiri, pilih tarikh, dan papan dapur untuk staf gerakkan setiap pesanan sampai siap dihantar.
Homestay enam unit di Cameron Highlands: pilih tarikh, nampak harga penuh terus, guide kawasan bersumber, dan dashboard untuk kalendar, housekeeping dan mesej tetamu.
Dalam contoh demo, bisnes dan datanya rekaan tapi semua fungsinya berjalan. Dashboard demo dibuka dengan apa-apa kata laluan. Tengok semua contoh kerja
0303 · Padan kemahiran
Servis
Lima servis utama, dari laman pertama anda sampai ia kekal laju, selamat dan mudah dijumpai. Bila bisnes perlukan lebih, saya bina sistem Laravel dan sambungkan payment gateway.
01
Pembangunan laman web
Laman syarikat, landing page dan kedai online yang laju dan mudah diurus, dengan teknologi yang paling sesuai untuk bisnes anda.
Reka bentuk custom ikut jenama anda, bukan template. Anda tengok dan klik prototaip dulu sebelum apa-apa dibina, lengkap dengan animasi dan interaksi yang halus.
Reka bentuk custom
Prototaip boleh klik
Mesra telefon dulu
Aa
Prototaip · versi 2
03
SEO
Bantu Google faham dan percaya laman anda: struktur, kelajuan, tajuk dan meta, schema, sitemap, Google Search Console dan Google Business Profile. Kerja yang betul, tanpa janji ranking nombor satu.
SEO teknikal dan on-page
Kelajuan dan Core Web Vitals
Search Console dan Business Profile
kedaianda.my › kek-pisang
Kek Pisang Lembut | Kedai Anda
Dibakar setiap pagi. Tempah online, ambil sendiri atau hantar.
96
sitemap.xmlschemameta
04
Penyelenggaraan laman web
Laman anda dijaga selepas dilancarkan: kemas kini sistem dan plugin, backup, pemantauan, dan pembetulan kecil, supaya tak ada kejutan.
Kemas kini dan backup
Pemantauan laman
Pembetulan dan perubahan kecil
Uptime30 hari
Backup selesai
Plugin dikemas kini
SSL aktif
05
Audit keselamatan
Semakan menyeluruh untuk laman sedia ada: plugin dan versi lama, akses admin dan kata laluan, SSL dan header keselamatan, backup. Anda dapat laporan bertulis tentang apa yang perlu dibaiki, ikut keutamaan.
Plugin, versi dan akses admin
SSL dan header keselamatan
Laporan ikut keutamaan
Laporan audit
Plugin lamaRisiko tinggi
Header keselamatanRisiko sederhana
SSLSelamat
Sistem Laravel
Sistem pengurusan yang dibina khas untuk bisnes anda.
Bila spreadsheet dan WhatsApp dah tak cukup: CRM, stok dan inventori, tempahan, HR dan kehadiran, portal pelanggan. Saya bina dengan Laravel, framework PHP yang matang dan digunakan meluas, jadi sistem anda senang dijaga dan boleh terus berkembang.
Pelanggan bayar terus di laman anda, dan status pesanan dikemas kini sendiri bila bayaran berjaya.
WooCommerceKedai online
CHIPPayment gateway
BillplzPayment gateway
FPXPerbankan online
DuitNowQR dan transfer
ShopeePayE-wallet
Pilih cara bayarRM89.00
FPXPerbankan online
DuitNow QRImbas dan bayar
ShopeePayE-wallet
KadVisa · Mastercard
Bayaran berjaya · pesanan #1042 dikemas kini
Teknologi yang saya guna
Sistem dan backend
LaravelPHPLivewireNode.jsREST API
Laman dan kedai online
WordPressWooCommerceNext.jsReactTailwind CSS
Data
MySQLPostgreSQLSupabaseSQLite
Integrasi
WhatsAppE-mel & PDFGoogle Search Console
Anggar kos projek anda
Jawab beberapa soalan ringkas, kurang seminit. Anda dapat anggaran awal serta-merta, dan boleh terus hantar kepada saya.
Langkah 1 daripada 3
Apa yang anda nak bina?
Pilih yang paling hampir dengan projek anda. Harga ialah harga permulaan.
Custom design, bukan templateAnimasi dan interaksi yang halusLaju dan mesra telefonSesi tunjuk ajar dan panduan ringkas
0404 · Temuduga
Cara saya bekerja
Dari perbincangan pertama sampai laman anda dilancarkan: setiap langkah jelas, dan semuanya bertulis.
01
Who signs off an order?
Siti, then the owner.
Kita berbual dulu
Saya tanya macam mana kerja berjalan sekarang: siapa buat apa, kat mana selalu tersangkut, dan apa maksud “siap” bagi anda.
02
Orders board
Invoices
Loyalty pointslater
Skop bertulis
Apa yang masuk, apa yang tak masuk, dan susunan untuk dibina. Semua hitam putih sebelum kerja mula.
03
Tengok awal
Anda dapat prototaip yang boleh diklik awal-awal, jadi kalau nak ubah, ubah masa tu, bukan lepas semua dah siap.
04
preview link
Demo 3
Bina secara terbuka
Demo berkala pada pautan preview. Anda nampak kemajuan dari minggu ke minggu.
05
Offer accepted
Lancar
Sistem dilancarkan, pasukan anda dapat sesi tunjuk ajar, dan panduan ringkas untuk rujukan.
Soalan lazim
Berapa lama nak siap?+
Ikut saiz projek. Kita tetapkan skop dan susunan kerja secara bertulis dulu, dan anda nampak kemajuan melalui demo berkala sepanjang proses.
Boleh saya ubah harga atau menu sendiri lepas siap?+
Boleh, kalau itu yang anda perlukan. Contohnya di Dapur Piqa, staf tukar menu, harga dan gambar sendiri dari dashboard tanpa perlu panggil sesiapa.
Laman web dalam Bahasa Melayu atau English?+
Mana-mana, atau dua-dua sekali. Contoh ProService Aircond dan Nota Nisa sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.
Saya dah ada laman web lama. Kena buang?+
Tak semestinya. Kita tengok dulu apa yang ada dan apa yang tak jalan, lepas tu putuskan sama ada nak tambah bahagian baru atau bina semula.
AASenarai pendek
Afiqah Ahmad
Web development · Customized system
Malaysia
Perekrut, minyak & gas
Ibu dua anak
Semakan latar
Lulus
Pengalaman merekrutMinyak & gas
Projek yang sedang beroperasi3
0505 · Semakan latar
About Afiqah
Saya Afiqah. Kerja harian saya sebagai perekrut dalam industri minyak dan gas: tapis calon, atur temuduga, dan pastikan proses pengambilan terus bergerak dalam pasukan yang sibuk. Saya juga ibu kepada dua orang anak, jadi saya biasa merancang macam pengurus projek dan siapkan banyak benda dalam masa yang singkat.
Kerja merekrut ajar saya dengar betul-betul dulu, dan itulah cara saya mula setiap projek.
0606 · Tawaran
Jom bincang apa yang anda perlukan.
Ceritakan macam mana kerja berjalan sekarang, dan saya cadangkan apa yang patut dibina dulu. Tak ada caj untuk berbual.